Skip to main content

Bola Sepak

Intan Serah ceburi bidang lakonan, bergandingan bersama Kamal Adli

Arsenal

Nama Intan Serah, tidak asing lagi dalam arena bola sepak dan futsal negara. Ini menjadikan dia antara salah seorang figura sukan wanita Malaysia yang menjadi inspirasi kepada anak muda.

Kejayaan Intan turut terserlah apabila dia pernah beraksi bersama kelab New York Dutch Lions FC di Amerika Syarikat (AS).

Selain sukan -- Intan turut bergiat aktif dalam membangunkan platformnya di media sosial. Personaliti yang mesra dengan minat mendalam terhadap sukan, Intan kini terus melebarkan pengaruhnya sebagai atlet, hos dan ‘content creator’ yang dekat dengan peminat.

Bidang lakonan turut tidak terkecuali dalam pembangunan kariernya apabila posting di media sosial baru-baru ini menyaksikan Intan bergandingan bersama Kamal Adli sebagai teraju utama dalam siri drama terbaharu berjudul P.L. I Love You keluaran Astro arahan pengarah terkenal Micheal Ang turut dibarisi personaliti popular, Hawa Rizwana.

Semestinya cabaran hebat buat Intan yang sangat gah diatas padang untuk beraksi bersama barisan pelakon berpengalaman, namun pengalaman luar mengenai sukan kegemarannya bola sepak semestinya memberikan Intan sedikit kelebihan.

Intan turut kelihatan bergambar memperaga jersi Arsenal memberi bayangan watak dibawanya sebagai peminat tegar pasukan itu dengan jolokan nama Lily diberi.

Tayangan penuh dijangka berlangsung sekitar Julai 2026! Tak sabar nak tengok lakonan Intan. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video