Tenis Terbuka Australia sedang berlangsung dan salah seorang bintang yang beraksi di Melbourne mencuri perhatian dengan “fashion statement” yang menjadi buah mulut bukan sahaja peminat fesyen, malah peminat sukan juga.
Diinsparasikan oleh obor-obor yang ketika ini merupakan haiwan kegemaran anak sulungnya, Shai, Naomi Osaka menggayakan pakaian “flowy” hasil kolaborasinya dengan jenama sukan terkemuka dunia dalam pusingan pertama Terbuka Australia pada Selasa.
Advertisement
Grand entrance nya itu turut menerima pujian dari pemain nombor tiga dunia, Coco Gauff yang memuji usaha Naomi menarik minat peminat baru buat sukan itu menerusi fesyen.
Naomi Osaka telah melayakkan diri ke pusingan ketiga Terbuka Australia dan akan berdepan Maddison Inglis pada Sabtu.