Skip to main content

Para Asia

Insentif khas Majlis Sukan Wilayah Persekutuan bakar semangat atlet

MENTERI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, memuji kecemerlangan Cheah Liek Hou, yang mencipta sejarah dengan bergelar juara dunia buat kali kesembilan.

Sebagai penghargaan, jaguh badminton para dunia itu menerima insentif khas berjumlah RM20,000 dan Hannah berharap ia akan menjadi satu inspirasi serta pembakar semangat buat atlet lain.

Advertisement

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Datuk Stuart Ramalingam, memaklumkan sasaran pasukan Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2026 masih dalam perbincangan bersama Pengarah MSWP, Nik Ahmad Zahiruddin.

"Kami berasa bangga kerana Cheah Liek Hou yang telah memecahkan rekod mendapat gelaran kejuaraan dunia terbanyak -- sembilan kali berturut-turut.

"Jadi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan memberikan ganjaran sebanyak RM20,000 kepadanya dan berharap dia terus cemerlang," katanya.

Perbincangan berkaitan Program Road to Gold pula akan diteruskan bulan hadapan bagi memperhalusi perancangan pembangunan sukan negara itu.

"RTG akan bermesyuarat pada bulan ini untuk membincangkan kos semasa dan prestasi serta perancangan atlet untuk 2026," katanya. 

Must Watch Video