Kelantan Red Warrior (KRW) dalam satu kenyataan sebentar tadi menjelaskan sebab sebenar pasukan itu dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Kelab itu mengesahkan bahawa mereka telah dikenakan sekatan berkenaan sejak 19 Disember lalu, yang menyebabkan beberapa urusan mereka terganggu.
Advertisement
Menurut KRW, sekatan itu adalah disebabkan oleh laporan seorang jurulatih, Pol Corpas, dan peguamnya dengan cubaan mengaitkan KRW dengan bekas kelabnya, Kelantan FC, yang menyebabkan FIFA mengambil tindakan berkenaan.
“Kami menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan dengan mana-mana kelab sebelum ini, di mana pada awal musim tempoh hari, kami telah memberi penjelasan rasmi kepada FIFA dan telah diterima sehingga kami boleh mendaftarkan pemain untuk beraksi musim ini.
"Isu ini timbul semula selepas kami cuba mendaftarkan pemain import baru sempena perpindahan kedua yang telah dibuka,” kata kenyataan itu.