Liga Super baru sahaja bermula dan kemeriahan kembali menemui peminat, namun drama melanda melibatkan satu perlawanan seawal minggu pertama.
Laporan Stadium Astro sebentar tadi memaklumkan difahamkan pertembungan tuan rumah, Negeri Sembilan, melayani kunjungan Kuala Lumpur (KL) City terpaksa ditunda.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, meskipun The City Boys menandatangani beberapa muka baharu, namun difahamkan juga tidak mempunyai pemain yang mencukupi untuk diturunkan bertemu Hobin Jang Hobin di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi petang ini.
Setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.
🚨KL City yang sudah umumkan beberapa muka baru difahamkan tak cukup pemain untuk turun bertemu Negeri Sembilan di Paroi hari ini, perlawanan berdepan kemungkinan ditunda atau dibatalkan. @ASTROARENA pic.twitter.com/XDVbiqF6ts
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 22, 2026