Skip to main content

Sepak Takraw

Ini mercu kebanggaan buat penyokong sepak takraw tanah air -- Pembinaan Akademi Sepak Takraw sudah capai 80 peratus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, memaklumkan proses baik pulih serta menaik taraf Stadium Jalan Raja Muda (SJRM) kini sudah mencapai 80 peratus siap.

Sumali turut menjelaskan stadium yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu bakal dirasmikan April depan serentak dengan pelancaran Akademi Sepak Takraw negara serta perasmian Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2026.

Advertisement

Dia turut percaya kewujudan Akademi Sepak Takraw Negara dan Program Pembangunan Sepak Takraw Negara (NSTDP) itu akan menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai bakat pelapis yang mampu mewakili negara pada masa akan datang.

"Setakat hari ini selepas perbincangan, sudah 80 peritus siap. Kami menjangkakan lagi sebulan siap sepenuhnya.

 

 

 

"Kami cadangkan dirasmikan pada April, sekali pelancaran Akademi Sepak Takraw Malaysia.

"Ini yang kami impikan, saya impikan juga untuk ada banggunan akademi sendiri walaupun kapasiti penonton hanya memuatkan sekitar 1000 penonton tetapi ada banggunan yang lengkap.

"Terdapat bilik penginapan, seminar dan fisio sendiri. Ini mercu kebanggaan buat penyokong sepak takraw tanah air buat pertama kali ada banggunan sendiri." katanya.
 

Must Watch Video