Skip to main content

Sukan SEA

Ini maksud di sebalik logo rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027

Ini maksud di sebalik logo rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027

Logo rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 akhirnya diperkenalkan menerusi majlis peluncuran logo, maskot dan tema rasmi sebagai identiti temasya yang bakal berlangsung di Malaysia pada tahun depan.

Logo rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 direka dengan elemen yang menggambarkan aspirasi Malaysia menyatukan ASEAN melalui semangat kesukanan. Setiap elemen dalam logo mempunyai simboliknya yang tersendiri dan saling melengkapi bagi membentuk sebuah identiti visual yang moden, dinamik dan mudah dikenali di peringkat antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Mohamed Taufiq Johari dalam ucapannya berkata, “Tema kali ini akan menjadi cerminan semangat perpaduan yang berdaya tahan, dan memiliki kesinambungan masa depan sukan rantau ini. Tema ini juga akan menjadi seruan dan pencetus semangat kepada semua atlet untuk melangkaui had kemampuan mereka dalam mencapai kejayaan.”

“Logo yang direka melambangkan dinamisme, kepelbagaian budaya, dan keharmonian rakyat di Asia Tenggara, yang diadun dengan identiti Malaysia yang progresif manakala maskot bukan sekadar identiti visual, malah melambangkan keberanian, semangat kesukanan yang dinamik, inovasi serta aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan berteraskan teknologi”.

Enam makna utama logo

HURUF "M"
Huruf "M" menjadi asas kepada keseluruhan reka bentuk logo yang mewakili Malaysia sebagai negara tuan rumah. la mencerminkan sebuah negara yang progresif, terbuka dan bersedia mengalu- alukan seluruh komuniti ASEAN.

ANGKA 27
Garisan logo membentuk angka 27, melambangkan tahun penganjuran Malaysia 2027 serta menjadikan identiti temasya ini lebih unik dan mudah diingati.

BENTUK ATLET
Siluet atlet yang sedang mara ke hadapan melambangkan keberanian, semangat juang, ketabahan dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan. la turut menggambarkan bahawa atlet merupakan nadi utama kepada temasya ini.

BUNGA RAYA
Sebagai bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya melambangkan perpaduan, keharmonian, keberanian dan semangat kebangsaan. Kedudukannya pada logo menggambarkan Malaysia sebagai negara yang menyambut dan menyatukan komuniti ASEAN dalam suasana persahabatan dan saling menghormati.

WARNA JALUR GEMILANG
Penggunaan warna biru, merah kuning yang diinspirasikan daripada Jalur identiti Gemilang memperkukuhkan Malaysia sebagai negara tuan rumah. Gabungan. warna ini melambangkan perpaduan, keberanian, kemakmuran dan semangat kebangsaan yang menjadi asas kepada penganjuran 2027.

PECAHAN ELEMEN
Bahagian grafik logo yang terdiri daripada 11 pecahan elemen melambangkan negara anggota ASEAN yang bersatu dalam satu semangat kesukanan. Kesemua elemen ini membentuk satu identiti yang saling melengkapi, mencerminkan perpaduan, kerjasama dan aspirasi bersama untuk bergerak maju sebagai sebuah komuniti serantau.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video