"Kami harus pandang ke depan.
Demikian reaksi ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, tatkala berbicara mengenai kehilangan khidmat pertahanan, Gabriel Palmero, yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal susulan rayuan ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) baru-baru ini.
Advertisement
Pemain Harimau Malaya itu kembali menjalani penggantungan 12 bulan daripada perlawanan rasmi.
Pengendali kelahiran Singapura itu turut mengesahkan Palmero tidak lagi bersama The Cats meskipun dia dibenarkan menjalani aktiviti bola sepak termasuk menyertai sesi latihan pasukan.
Tanpa berselindung, Aidil Sharin mengakui kelibat tonggak berusia 24 tahun itu sebelum ini menghadirkan nilai tambah positif buat pasukannya, namun percaya pemain sedia ada mampu menggalas tanggungjawab yang bakal diberikan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
"Dia adalah pemain yang bagus.
🗣️ Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak kongsikan perkembangan & situasi terkini Gabriel Palmero bersama pasukan.@ASTROARENA pic.twitter.com/awHxnA2Swb
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) March 15, 2026
"Kehadirannya sentiasa memberikan impak berbeza.
"Tetapi, perkara itu berlaku dan kami sudah menjangkakannya.
"Pada akhirnya, kami harus menerima apa sahaja realiti itu.
"Sudah tentu kami akan merinduinya. Namun, kami harus memandang ke hadapan.
"Itulah lumrah bola sepak. Pemain datang dan pergi.
"Paling penting kami masih mempunyai pemain utama.
"Dia pulang ke rumah dan bertemu keluarganya.
"Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain," katanya di Nadi Weekend.