Selepas bintang Liverpool, Mohamed Salah, mengesahkan musim 2025/26 akan menjadi musim terakhirnya di Anfield selepas Sembilan tahun sejak 2017.
Siapakah pengganti yang sesuai bagi memperkuatkan jentera serangan skuad kendalian Arne Slot memandangkan Salah meninggalkan pasukan dengan reputasi tinggi iaitu antara penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dengan mencatatkan 373 sumbangan gol - 255 gol dan 118 bantuan jaringan- dalam semua kejohanan.
Advertisement
🚨🚨| BREAKING: Liverpool admire Michael Olise as a long-term dream option but have no plans to bid right now. 🇫🇷🔴
With no release clause, Bayern refusing talks and the player not pushing to leave, he isn’t a concrete LFC target.
[@Plettigoal] pic.twitter.com/8YO4jKG3WC— CentreGoals. (@centregoals) November 25, 2025
Antara nama-nama besar yang dikaitkan menjadi pengganti Salah ketika ini adalah bintang muda Bayern Munich, Jamal Musiala, pemain Paris Saint-Germain (PSG), Khvicha Kvaratskhelia serta Victor Osimhen yang ketika ini bersama kelab Turkiye, Galatasaray.
Nama-nama lain yang berkemungkinan mengisi kekosongan itu adalah Nico Williams (Athletic Bilbao), Johan Bakayoko (RB Leipzig), Yan Diomande (RB Leipzig), Anthony Gordon (Newcastle United), Michael Olise (Bayern Munich).