Skip to main content

Sepak Takraw

Ini cabaran besar buat Syahir pamer konsistensi, tidak boleh leka -- Ketua jurulatih sepak takraw negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jais

'Tiada istilah sempurna buat Syahir Rosdi'

Bukan tidak berbangga dengan pencapaiannya, namun ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, enggan terbuai dengan pencapaian terkini sedangkan memiliki deretan kejohanan bagi tahun 2026.

Advertisement

Ahmad Jais menegaskan terdapat dua situasi yang perlu dikendalikan Syahir dengan sebaiknya - tumpuan ramai pihak sudah mula terarah kepadanya dan tekanan buat Syahir semakin tinggi selain rasa gerun pihak lawan mula menebal buat Syahir dan skuad Malaysia

"Ini memberikan gambaran prestasi Syahir daripada masa ke semasa ada peningkatan positif, namun bagi saya ada beberapa elemen yang perlu diperkemaskan oleh Syahir.

"Dia tidak boleh leka, ini cabaran besar buat dirinya agar konsisten kerana dia akan menjadi ikon sepak takraw selain harapan besar daripada penyokong tanah air," katanya.

 

 

 

Jauh di sudut hati, Ahmad Jais sudah semestinya berasa bangga melihat anak buahnya berjaya merangkul pengiktirafan pertama kali, malah situasi itu tidak berlaku ketika zamannya bergelar tekong negara.

Ahmad Jais turut berkongsikan persediaan barisannya menghadapi Pra-Sukan Asia yang akan berlangsung di Nagoya nanti.

Walaupun ujian gelanggang dengan menghantar skuad kuadran, Ahmad Jais menegaskan tumpuan negara di Sukan Asia Nagoya terarah sepenuhnya dalam acara regu dan berpasukan sahaja.

"Untuk Sukan Asia, ada berpasukan, regu dan kuadran, kami hanya boleh hantar dua acara daripada tiga. Acara berpasukan wajib, regu mahupun kuadran perlu pilih yang mana kami mahu sertai.

"Piala Dunia dan Piala Raja Thai pula tiada kekangan." katanya.

 

Must Watch Video