Skip to main content

Bola Sepak

'Ini bukan Liga Kampung!' -- Shahab Zahedi pertahan kualiti Liga Malaysia

'Ini bukan Liga Kampung!' -- Shahab Zahedi pertahan kualiti Liga Malaysia

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahab Zahedi, menolak tanggapan bahawa saingan Liga Malaysia mudah atau tidak kompetitif hanya kerana Harimau Selatan terus mendominasi pentas domestik.

Zahedi menegaskan Liga Malaysia mempunyai kualiti tersendiri dan tidak wajar dilabel sebagai ‘liga kampung’, walaupun JDT sekali lagi tampil sebagai pasukan yang sukar dibendung.

Terbaharu, JDT menewaskan Negeri Sembilan 3-0 dalam aksi Liga Super semalam.

Bagi Zahedi, keputusan besar yang sering diraih JDT tidak semestinya menggambarkan tahap keseluruhan liga.

Sebaliknya, terdapat beberapa pasukan yang mampu memberikan tentangan sengit, khususnya ketika berdepan jentera Harimau Selatan.

Pengalaman Zahedi sendiri sepanjang bersama JDT menjadi antara bukti bahawa saingan domestik mempunyai cabaran tersendiri.

Penggempur kelahiran Iran itu kini sudah meledak sembilan gol bersama JDT, namun mengakui tidak semua perlawanan berlangsung mudah.

Menurutnya, pasukan lawan tetap mempunyai kemampuan untuk menyukarkan pergerakan JDT, sekali gus memerlukan mereka kekal fokus sepanjang 90 minit.

Dominasi JDT dalam beberapa musim kebelakangan ini sememangnya menyebabkan wujud jurang besar dari segi keputusan dan konsistensi.

Namun, bagi Zahedi, perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperlekehkan liga tempatan.

Sebaliknya, dia melihat persaingan domestik sebagai platform penting untuk pemain meningkatkan tahap permainan sebelum membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

Dengan sembilan gol sudah berada dalam koleksinya, Zahedi kini mahu meneruskan momentum sambil membantu JDT mengekalkan prestasi dominan mereka.

Dan mesejnya cukup jelas -- Liga Malaysia bukan liga yang boleh dipandang rendah.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement