"Kita tidak boleh berjaya dengan mudah"
Itu antara kata-kata daripada legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 yang beranggapan keadaan Ketika ini merupakan 'reset' terbaik buat bola sepak negara.
Advertisement
Tindakan sepakat yang dilakukan ini demi melihat badan induk bola sepak negara itu kembali bangkit menjelang sambutan ulang tahun ke-100 mereka September ini.
"Saya tak nafikan kami tiada kepentingan diri, kami memikirkan yang terbaik untuk bola sepak negara.
"Jadi keputusan itu tepat buat semua untuk memperbaiki dan agar bola sepak negara terus berjalan lancar.
"Ini adalah dugaan, kita tidak boleh berjaya dengan mudah. Ini pengajaran baik walaupun pahit tetapi bagi saya pengajaran baik untuk atasi segala masalah buat bola sepak Malaysia," katanya.
Sementara itu, Zainal juga mengakui tempoh 11 bulan berada dalam FAM terlalu singkat untuk dirinya membuat sebarang perubahan dan dia tidak menolak akan bertanding sekali lagi di kongres pemilihan FAM pada masa akan datang jika diberikan peluang.
Harapan Zainal juga adalah untuk melihat lebih ramai pakar daripada pelbagai bidang yang spesifik akan berada dalam FA, selepas ini demi menaikkan kembali bola sepak Malaysia.
"Bagi saya bukan mudah, bukan Malaysia saja tapi satu dunia. Tiada kepentingan dan keuntungan, saya dan Datuk Dollah telah berjanji membantu bola sepak negara dengan pengalaman luas kerana itu kami ceburi dalam exco FAM." tambahnya.