Skip to main content

Bola Sepak

Imigresen tetap komited kekal di Liga Super 2026/2027

Imigresen tetap komited kekal di Liga Super 2026/2027

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Imigresen, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, menegaskan pihak pengurusan kelab cukup komited dalam merealisasikan hasrat kekal beraksi di pentas tertinggi saingan Liga Malaysia musim depan.

Jelas beliau, fokus pasukan kendalian Yusri Che Lah kini ialah untuk menamatkan baki saingan Liga Super 2025/2026 di kelompok enam pasukan terbaik.

Advertisement

Berbaki empat perlawanan liga, The Mighty Tigers kini menghuni kedudukan ketujuh liga hasil enam kemenangan, empat seri juga 10 kali tewas dengan kutipan 22 mata.

Menurut Syed Mahadi lagi, keputusan ini adalah satu penanda aras untuk muncul pesaing disegani di peringkat liga dan bukan pasukan berstatus pelengkap senarai sahaja, dan pengurusan cukup komited untuk kekal beraksi di pentas Liga Super.

Beliau dalam pada itu turut memberi bayangan, Imigresen bersedia melalui penjenamaan semula demi kelangsungan kelab di masa mendatang dan sokongan serta dorongan ramai pihak mampu menjadikan Imigresen sebagai sebuah pasukan berstatus elit di masa akan datang.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video