Benarkah bintang warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, melanggar hukuman FIFA?
Satu gambar tular oleh media di Argentina memaparkan susuk tubuh jelas Imanol Machuca sedang beraksi dalam satu perlawanan bola sepak latihan 'santai' bersama kelab lamanya, San Lorenzo, baru-baru ini.
Advertisement
Pemain berusia 25 tahun itu antara tujuh tonggak kebangsaan yang digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu dokumentasi pada September lalu.
Hector Hevel, Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero turut menerima nasib sama.
📸 Imanol Machuca reapareció públicamente tras no poder ser parte de los últimos partidos de #Vélez.
📍 El delantero regresó a Roldán, su ciudad natal, y visitó San Lorenzo, el club donde se formó futbolísticamente.
⚽️ Allí participó de un picadito, se sacó fotos, firmó… pic.twitter.com/yfymdZYRgA— Sábado Vélez (@sabadovelezok) December 23, 2025
Ketika ini, orang ramai sedang menantikan penghakiman penuh rayuan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Kelibat Machuca yang mendapat sambutan itu menimbulkan persoalan peminat berkenaan statusnya.
Difahamakan, dia mengambil bahagian dalam permainan, bergambar, menandatangani autograf dan memberikan motivasi pendek, selain berkongsi momen dengan bakal pemain muda.
Ada yang mengatakan bahawa tindakan Machuca tidak menghormati keputusan FIFA. Walaupun sekadar melawati San Lorenzo dan hanya mahu mengisi masa lapang bermain bola sepak, adakah dia bakal dikenakan penalti lebih berat?
Sebagai makluman, pemain diharamkan daripada:
1. Menyertai sesi latihan berpasukan (walaupun sekadar latihan kecergasan).
2. Memasuki fasiliti latihan kelab atau menggunakan peralatan milik kelab.
3. Berada di bilik persalinan atau kawasan teknikal padang.
Begitupun, terdapat laporan sebelum ini mengatakan Velez Sarsfield, termasuk Fortaleza tidak berhasrat untuk mengekalkan khidmat Machuca.