Skip to main content

Bola Sepak

Ikhlas daripada hati harap ada sesuatu, reaksi jurulatih PDRM mengalir air mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Gapil

'Tahun baru, tetapi ceritanya tetap sama'

Mungkin itu gambaran yang sesuai boleh disimpulkan mengenai isu tunggakan gaji yang saban tahun melanda saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Advertisement

Ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, tampil meluahkan isi hatinya berkenaan situasi semasa yang melanda pasukannya itu.

Daripada sebuah pasukan yang tidak pernah terpalit dengan isu hangat itu sebelum ini, kini The Cops terpaksa mengharungi perjalanan berbeza musim ini.

Bagi Eddy, apa yang penting selain daripada perjuangan kelab ialah kelangsungan anak buahnya dalam meneruskan kehidupan seharian.

"Satu cabaran yang besar bagi saya. Saya mengutamakan pasukan. Apa yang saya boleh bantu, saya cuba berkongsi.

"Tujuannya agar para pemain boleh meneruskan kehidupan selepas kereta mereka ditarik.

"Ada yang terpaksa berjalan kaki daripada tempat tinggal datang ke latihan.

"Sebagai seorang manusia, bagaimana jika perkara itu berlaku kepada kita.

"Saya ada sebiji motor boleh berkongsi kepada pemain. Itu pertolongan kecil yang boleh dibantu," luahnya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Ikhlas daripada hati saya kepada pihak pengurusan PDRM agar berbuat sesuatu dan menyelamatkan PDRM.

"Kepada pemain yang tinggal, setia bersama, bergurau bersama harap dapat terus bersama hingga akhir musim," tambahnya. 

Krew Nadi Arena mahupun Stadium Astro cuba mendapatkan reaksi daripada pihak pengurusan kelab berkaitan isu terbabit, namun tiada sebarang maklum balas buat masa ini.
 

Must Watch Video