Skip to main content

Tenis

Iga Swiatek bakal berlatih bersama bekas jurulatih Rafael Nadal

Iga Swiatek

Juara Kejohanan Wimbledon, Iga Swiatek bakal berlatih di bawah kejurulatihan Francisco Roig, bekas jurulatih pemain ternama dunia Rafael Nadal juga Emma Raducanu dalam misi mengembalikan rentak permainan sebenar selepas berdepan deretan aksi kurang konsisten kebelakangan ini.

Pemain kelahiran Poland itu bergelut sepanjang kalendar Jelajah Dunia WTA berlangsung tahun ini dengan antaranya penyingkiran awal di kejohanan major, Terbuka Australia juga Indian Wells.

Advertisement

Fokus Swiatek kini ialah untuk menguasai gelanggang tanah liat dalam persiapan hadapi kejohanan major kedua tahun ini - Terbuka Perancis yang akan membuka tirai pada mei nanti.

Swiatek mengumumkan keputusan tersebut di laman instagramnya dengan kapsyen "welcome to the team, Francisco! Very excited for this new chapter".

Pemain di ranking keempat dunia itu akan memulakan latihan di bawah kendalian Roig di Majorca bermula minggu ini.

Rafael Nadal turut sempat memberikan nasihat dan pandangan berharga buat Swiatek dalam mengembalikan dominasinya terutama sekali di kejohanan Terbuka Perancis dengan Swiatek berjaya menggengam 4 gelaran sepanjang edisi 2020 sehingga 2024.

Selain melatih Nadal, Roig sebelum ini pernah menjadi jurulatih buat Raducanu untuk tempoh lima bulan.

Untuk rekod, sebelum ini Swiatek berlatih bersama Wim Fissette yang membantu beliau raih gelaran Wimbledon pertama dalam karier namun tidak lagi bersama selepas kekalahan awal Swiatek di Terbuka Miami awal mac lalu.

Topik Berkaitan

Must Watch Video