Skuad Mobile Legend Bang Bang (MLBB) lelaki negara mempertahankan gelaran juara selepas diangkat sebagai jaguh dalam dua edisi berturut-turut Kejuaraan E-Sukan Dunia (WEC) Mobile Legends: Bang Bang, Kejohanan Dunia IESF 2025 di ibu kota, sebentar tadi.
Kemboja yang berbekalkan momentum terbaik daripada pusingan kelayakan selepas menewaskan jaguh dunia, Filipina membawa momentum itu ke peringkat kumpulan sehingga grand final.
Advertisement
Namun, skuad negara yang turun selaku wakil tuan rumah juga membuktikan kredibiliti selaku juara bertahan kejohanan dengan catatan rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan sehingga ke pusingan akhir.
Meskipun menerima tentangan hebat oleh Kemboja dalam Perlawanan 1 dan Perlawanan 2, skuad negara tidak berdepan masalah dengan skuad kendalian Michael Angelo Bocado atau diknelai sebagai Arcadia menyediakan persiapan draft pick terbaik dengan meta fighter di bahagian gold laner yang dipacu Ealtond Rayner serta turut dikenali sebagai Lolealz.
Permainan agresif serta mendominasi dalam Perlawanan 3 dengan rekod 27-7 selain corak permainan pantas yang membuahkan hasil buat skuad negara menutup perlawanan itu dengan kemenangan bersih 3-0.
Untuk rekod, skuad negara turut menjuarai kejohanan yang disertai 16 pasukan dari seluruh dunia itu pada edisi 2024.