Skip to main content

Bola Sepak

Ibarat hilang sinar karier kalau tak menang Piala Malaysia -- Subadron

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia, Liga-M

 


"Tidak boleh kata Johor Darul Ta'zim (JDT) sahaja bagus."

Advertisement

Demikian kata juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut, Datuk Subadron Aziz, menegaskan undian kejohanan edisi ke-99 ini bersifat lebih terbuka dan setiap pasukan memiliki peluang sama rata.

Baginya legenda Kuala Lumpur itu, setiap kelab seharusnya membuktikan sesuatu yang berbeza oleh kerana kejohanan terbabit merupakan pertandingan bola sepak tertua Asia dan sangat berprestij, serta tidak boleh diambil mudah.

"Apabila layak Piala Malaysia, pemain besar perlu berjiwa besar dan pada zaman saya, kami akan curahkan segala kudrat.

"Apa pun yang pemain fikirkan, hanyalah pasukan lawan.

"Bermain dalam saingan ini, buatlah yang terbaik. Pada zaman saya, ini piala yang tidak boleh dilepaskan.

"Kalau main bola sepak macam mana hebat sekalipun, tak menang Piala Malaysia macam hilang sinarnya," katanya. 

Must Watch Video