Skip to main content

Sukan Lain

Hyrox ubah peraturan serta merta selepas insiden atlet terberak

SPORT-HYROX:Hyrox changes rules after athlete soiled herself in competition

Acara perlumbaan kecergasan, Hyrox, telah mengubah peraturannya selepas pemegang rekod dunia wanita, Joanna Wietrzyk, terkencing atau terbuang air besar semasa satu acara di Beijing, namun dibenarkan untuk meneruskan dan memenangi perlumbaan tersebut, Sabtu lalu.

Pengasas bersama acara popular itu, Moritz Fuerste, memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas secara langsung atau tidak langsung akibat insiden hujung minggu lalu.

"Hyrox telah melakukan kesilapan kerana tidak bertindak serta merta semasa perlumbaan berlangsung," kata bekas juara Sukan Olimpik itu dalam satu kenyataan di media sosial.

"Sudah tentu, kami telah mula menambah baik proses pengendalian acara serta membuat perubahan segera pada buku peraturan.

"Pada masa ini, peraturan dan prosedur baharu telah ditetapkan bagi mengelakkan situasi sebegini daripada berulang."

Terdahulu, akibat perkara itu, berlaku pencemaran pada sebahagian kawasan perlumbaan.

Hyrox yang menggabungkan aktiviti larian dan senaman telah berkembang pesat daripada satu cabaran kecergasan khusus kepada fenomena global sejak ia diasaskan pada tahun 2017.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement