HYROX kini menjadi kegilaan ramai, dan menjadi semakin popular apabila semakin ramai selebriti dan pempengaruh giat aktif melibatkan diri dengan sukan intensiti tinggi itu.
Apa itu HYROX? Ia adalah perlumbaan kecergasan dalam dewan yang menggabungkan larian 8km dengan 8 stesen senaman yang berbeza, menjadikan Hyrox sukan hibrid yang menguji daya tahan dan kekuatan.
Advertisement
Berita gembira untuk peminat HYROX tempatan, Malaysia kini termasuk dalam kalendar Racing Series 2026 di Asia Pacific, menjadikan Kuala Lumpur salah satu destinasi pada bulan Disember.
Lebih kurang 10-11 bulan untuk membuat persiapan, tunggu apa lagi? Kepada orang Malaysia yang aktif dengan HYROX, let’s go!