Selepas sembilan tahun menanti untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Hull City memulakan perjalanan mereka dengan impak besar apabila mengejutkan Manchester United 2-0 pada aksi pembukaan musim.
Kemenangan menerusi jaringan Semi Ajayi dan Nobel Mendy itu merupakan kemenangan liga pertama Hull ke atas the Red Devils sejak 1974, satu permulaan yang cukup manis selepas kali terkahir beraksi di EPL pada musim 2016/17.
FULL-TIME: Newly-promoted Hull City beat Manchester United 2-0 in their first game of the season 🐯🔥 pic.twitter.com/eD1TzbIHpZ
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 22, 2026
Namun cabaran seterusnya menanti apabila The Tigers akan bertandang ke CBS Arena pada 29 ogos 10 malam untuk berdepan Coventry City, sebuah lagi pasukan yang baru dinaikkan pangkat. Ini bakal beri gambaran jika mereka merupakan pasukan yang bakal beri cabaran musim ini atau kemenangan tempoh hari hanyalah tuah semata mata.
Terbaharu, Hull dilaporkan mengemukakan tawaran berjumlah 35 juta pound bersamaan sekitar RM191 juta untuk pemain sayap Lyon, Malick Fofana, malah sudah mengadakan pertemuan secara dalam talian bersama pemain Belgium berusia 21 tahun itu namun perpindahan tersebut masih belum disahkan ketika ini.
Hull City, Malick Fofana ile ilgileniyor. Lyon, 35 milyon euro istedi. (Yağız Sabuncuoğlu) pic.twitter.com/R2yczt1eSQ
— Tek Yol FENER (@TekYolFener) August 28, 2026
Jika perpindahan ini berjaya dilakukan oleh kelab, ia bakal menjadi satu perpindahan yang cukup besar buat Hull dan beri isyarat yang The Tigers benar benar serius untuk menjadi pasukan “to watch” musim ini.