Cristiano Ronaldo berkongsi mengenai hasratnya meninggalkan dunia bola sepak dalam temu bual eksklusif bersama Vogue yang disiarkan Ahad lalu, memberi petanda kukuh bahawa era gemilangnya di padang bola akan berakhir tidak lama lagi.
“Ini mungkin musim terakhir saya bermain bola sepak, dan saya mahu meninggalkan legasi yang hebat,” ujar bintang berusia 41 tahun itu.
Ikon Portugal tersebut sebelum ini telah mengesahkan Piala Dunia 2026 sebagai penampilan terakhirnya dalam kejohanan berprestij itu dengan pencapaian keenam sepanjang kerjayanya, menyamai rekod bintang Argentina, Lionel Messi.
Bagaimanapun, Ronaldo turut membayangkan babak seterusnya dalam hidupnya selepas gantung kasut selepas ini. “Saya sudah merancang masa depan saya sepenuhnya,” kata bapa kepada lima orang cahaya mata itu.
“Terlalu banyak perkara yang boleh mengisi masa saya nanti, sukar untuk sebut satu sahaja.”
Menariknya, temu bual berkenaan berlangsung hanya lima hari sebelum beliau mengikat tali pernikahan secara rahsia bersama Georgina Rodriguez.
Ronaldo turut menegaskan bahawa kekosongan besar bakal ditinggalkan sukan kegemarannya itu apabila beliau benar-benar berhenti kelak, justeru pelbagai kesibukan baharu perlu diatur bagi mengisi ruang tersebut.