Skip to main content

Permotoran

HRC kini sedang giat uji Honda 850cc di Sepang

HRC

HRC MotoGP ketika ini sedang giat menjalani sesi ujian secara tertutup di Litar Antarabangsa Sepang untuk melihat hasil perkembangan terkini terhadap jentera baharunya Honda 850cc yang mungkin bakal dipertaruhkan oleh pasukan itu musim depan.

Prototype terkini Honda itu dilaporkan akan menjalani sesi ujian tersebut selama beberapa hari di litar kebangaan rakyat Malaysia itu untuk melihat potensi sebenar yang bakal dihasilkan.

Advertisement

Menurut media permotoran antarabangsa, dua penunggang ujian pasukan itu iaitu Aleix Espargaro dan Takaaki Nakagami akan menyempurnakan sesi ujian jentera tersebut sepanjang berdapa di Sepang.

Menurut Nakagami, setakat ini sesi ujian tersebut berjalan dengan lancar dan jentera itu memberikan henjutan dan prestasi terbaik sepertimana yang dijangka sebelum ini.

"Penilaian awal terhadap jentera itu agak membarangsangkan dengan kondisi casis dan enjin nya yang begitu ringan. Saya agak terkejut sebenarnya dengan kemampuan yang dihasilkan..sangat bagus."Jelas Espargaro yang ditemui media pada Selasa.

Bagaimanapun sesi ujian hari pertama katanya agak sedikit terencat apabila SIC dibasahi oleh hujan sebelum ia disambung semula sebaik hujan reda.

Cuaca katanya agak baik dalam tempoh tiga hari berikutnya membolehkan beliau dan Espargaro melakukan henjutan maksimum terhadap jentera itu.

Must Watch Video