Ibarat ulangan final Sukan Asia Hangzhou 2022.
Skuasy berpasukan wanita negara bakal buat perhitungan dengan Hong Kong dalam misi mempertahankan pingat emas temasya Aichi-Nagoya 2026.
Ratu skuasy negara, S Sivasangari menghadiahkan mata pertama negara dengan menewaskan Satomi Watanabe 5-11, 11-7, 5-11, 11-6, 11-3 dalam aksi separuh akhir berdepan tuan rumah hari ini.
Sebelum perseorangan kedua, Aira Azman menoktahkan kemenangan buat Malaysia menerusi kemenangan ke atas Akari Modorikawa 11-8, 11-5, 11-3.
"Kemenangan lebih awal yang dirakam Sivasangari memudahkan persaingan saya pada hari ini.
"Kami beraksi dengan baik untuk sekali lagi menjamin kemaraan ke final.
"kami sedar kekuatan dan kelemahan masing-masing kerana banyak bertembung dalam jelajah.
"Kami tidak tertekan tapi menaruh harapan untuk berikan aksi terbaik demi membawa pulang emas.
"Kami selesa dengan status underdog tapi sedar mempunyai sebuah pasukan mantap untuk berikan cabaran," kata Aira.