Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Remaja Asia B18 2026: Malaysia tewas di tangan Bangladesh

Hoki Piala Remaja Asia B18 2026: Malaysia tewas di tangan Bangladesh

Skuad Malaysia B18 menempuh permulaan sukar di PIala Asia Bawah 18 2026 apabila tewas 2-4 kepada Bangladesh dalam perlawanan pembukaan mereka.

Bangladesh meraih dua gol awal menerusi Munna Islam dan Ismail Hosen sebelum jaringan sendiri Yogeswaran Nagulan mengurangkan defisit jaringan untuk Malaysia.

Bangladesh terus mempamerkan aksi cemerlang apabila Islam sekali lagi mencetak nama selaku penjaring menjadikan kedudukan 3-1.

Gol Arif Aidil Hakimi Nor Rizal membantu Malaysia sekali lagi mengurangkan defisit jaringan namun jaringan sendiri Jony Islam menyaksikan Bangladesh melakar kemenangan 4-2.

Walaupun Malaysia berjaya menjaringkan dua gol, kekalahan ini menandakan cabaran berat di Piala Remaja Asia 2026, di mana skuad muda negara perlu bangkit untuk perlawanan seterusnya bagi mengekalkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Skuad negara kini perlu menyusun strategi segera bagi perlawanan seterusnya untuk kekal kompetitif di peringkat kumpulan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video