Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Tiga tonggak berpengalaman dipanggil semula perkukuh Speedy Tigers

Hoki Piala Negara-Negara: Tiga tonggak berpengalaman dipanggil semula perkukuh Speedy Tigers

Tiga pemain yang dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan dijangka membawa suntikan baharu buat Speedy Tigers bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2025-26 di Cape Town, Afrika Selatan dari 11 hingga 20 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata penjaga gol Muhamad Zaimi Mat Deris, pertahanan Muhamad Faris Harizan dan pemain tengah Muhammad Addy Jazmi Jamlus antara nama yang kembali menyertai skuad negara bagi tugasan antarabangsa pertama di bawah ketua jurulatih baharu Brendon Carolan.

Beliau berkata gandingan pemain lama dan yang dipanggil semula itu diharap mampu membentuk keserasian lebih mantap selain meningkatkan kualiti permainan pasukan menjelang kejohanan berprestij berkenaan.

“Kami turut berharap pemain akan menampilkan aksi yang lebih berani serta memberikan tentangan terbaik dalam setiap perlawanan yang akan dilalui,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Carolan pula memaklumkan bahawa mereka yang dipilih sudah bersedia menggalas cabaran negara di Cape Town termasuk pemain muda yang turut diberi peluang sepanjang kem latihan diperluas kepada 34 pemain.

“Cabaran kami ketika ini tertumpu sepenuhnya kepada prestasi dan standard pasukan sendiri... antaranya untuk meningkatkan kualiti dalam bertahan serta motivasi untuk membanggakan keluarga dan penyokong Malaysia,” katanya.

Beliau berkata matlamat utama pasukan ialah untuk menampilkan aksi terbaik bagi membuka peluang mara ke final kejohanan.

Pada saingan di Cape Town, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Scotland dengan sasaran menamatkan saingan dalam kelompok dua terbaik untuk layak ke separuh akhir.

Selepas tamat kempen Piala Negara-Negara, Speedy Tigers akan meneruskan sesi pemantapan pasukan di Afrika Selatan sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia 2026 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Related Topics

Must Watch Video