Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia tutup kempen dengan kemenangan, tumpaskan Scotland

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia tutup kempen dengan kemenangan, tumpaskan Scotland

Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen FIH Hockey Men’s Nations Cup 2025-26 di tempat kelima selepas mencatat kemenangan meyakinkan 4-2 ke atas Scotland dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam, hari ini.

Malaysia bermula garang apabila penyerang berpengalaman, Faizal Saari meletakkan pasukan di hadapan menerusi pukulan penalti strok pada minit kelapan.

Kelebihan itu digandakan pada minit ke-19 hasil jaringan padang oleh Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang bijak memanfaatkan kelekaan benteng Scotland untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, Scotland bangkit merapatkan jurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Jamie Golden pada minit ke-32 sebelum menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan padang David Nairn pada minit ke-44.

Ketika Scotland mula mendapat momentum, Malaysia kembali menunjukkan ketajaman di bahagian serangan. Hanya seminit selepas dibolosi, Mohamad Akhimullah Anuar Esook mengembalikan kelebihan buat Speedy Tigers menerusi jaringan padang pada minit ke-45.

Azrai kemudian memastikan kemenangan Malaysia apabila menyempurnakan penalti strok pada minit ke-50 untuk gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu sekaligus menjadikan kedudukan 4-2.

Keputusan tersebut membolehkan Malaysia menamatkan saingan di kedudukan kelima kejohanan, sekali gus menutup kempen dengan nota positif selepas gagal menembusi kelompok empat terbaik.

Walaupun sasaran utama untuk mencabar kejuaraan tidak kesampaian, kemenangan ke atas Scotland memberikan suntikan moral penting buat skuad negara menjelang tugasan antarabangsa seterusnya. Persembahan pemain muda serta ketajaman jentera serangan turut menjadi petanda positif dalam usaha Malaysia memperkukuhkan kedudukan di pentas hoki dunia.

Keputusan penuh
Malaysia 4-2 Scotland

Penjaring Malaysia:

* 8’ PS Faizal Saari
* 19’ FG Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
* 45’ FG Mohamad Akhimullah Anuar Esook
* 50’ PS Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

Penjaring Scotland:

* 32’ PC Jamie Golden
* 44’ FG David Nairn

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Related Topics

Must Watch Video