AFRIKA SELATAN 3 MALAYSIA 1
Jurulatih hoki lelaki remaja negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, menyuarakan kegusarannya terhadap kebuntuan anak buahnya dalam mencipta jaringan ketika mengharungi kempen Piala Dunia di India ketika ini.
Advertisement
Mereka tumpas 1-3 dalam pertemuan klasifikasi kesembilan hingga 11 dengan Afrika Selatan, sebentar tadi.
Walaupun menutup suku pertama tanpa jaringan, pintu gol negara dirobek sebaliknya oleh tiga pukulan sudut penalti, sementara usaha Aqil Daniel Ruslee -- juga dalam gerakan serupa -- cuba mencetuskan kebangkitan Malaysia untuk kedudukan 1-2, namun dihampakan oleh penyudah Ross Montgomery ketika permainan berbaki dua minit.
"Kami dapat kawal permainan tapi tidak mampu menjaringkan gol.
"Hakikatnya, kami tidak memiliki penjaring dalam kejohanan ini termasuk
"Mereka juga tidak pandai mendapatkan pukulan sudut penalti, hanya dapat tiga.
"Saya sangat kecewa kerana perlawanan yang sepatutnya kami menangani, tapi kalah 3-1," katanya dalam wawancara untuk media.
Sementara itu di Chile, skuad remaja wanita negara mengalami kekalahan tipis 0-1 kepada tuan rumah.
