Skuad hoki remaja negara memasuki kitaran baru menjelang saingan Piala Dunia Remaja 2027.
Ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, memulakan pencarian awal kelompok besar pemain berusia 17 hingga 20 tahun untuk diberi pendedahan serta program latihan konsisten.
Advertisement
Musim 2026 merupakan pentas utama pencarian bakat terbaik buat barisan kejurulatihan skuad remaja memandangkan kejohanan utama bakal mengambil tempat antaranya Piala Asia yang juga merupakan Kelayakan Piala Dunia 2027, Piala Sultan Johor serta Liga Hoki Remaja.
Berdasarkan data usia pemain skuad Piala Dunia Remaja 2025 di Chennai, India -- hanya beberapa tonggak yang masih layak beraksi pada edisi 2027.
Atas faktor itu, Nor Saiful merombak majoriti bagi pembentukan skuad baru.
Antara penilitian awal bagi pemilihan pemain ke skuad remaja 2027, ketahanan fizikal dan stamina yang tinggi.
"Program yang dibuat bukan sahaja untuk melihat pemain yang akan beraksi pada 2027.
"Tetapi, mahu meramaikan skuad yang mempunyai kualiti. Kami mahu mencari pemain dan bakat yang cukup bagus.
"Kemahiran teknikal dan asas ketinggian patut diberi penekanan.
"Banyak kelemahan daripada edisi lalu yang akan diperbaiki," katanya.