Skip to main content

Sukan

Hoki Piala Dunia: Malaysia isi tempat ke-16, tewas di tangan Wales

Hoki Piala Dunia: Malaysia tewas kepada Wales dalam penentuan shoot-out, tamat saingan di tempat ke-16

Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen Piala Dunia 2026 di tempat ke-16 selepas tewas kepada Wales menerusi penentuan shoot-out dalam aksi penentuan tempat ke-15 dan ke-16, hari ini.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 60 minit permainan, sebelum Wales akhirnya menang 2-1 menerusi shoot-out.

Wales terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi gol padang Benjamin Francis.

Malaysia bagaimanapun bangkit pada suku ketiga apabila Faizal Saari menyamakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-41.

Skuad Speedy Tigers kemudian mencipta kebangkitan apabila Akhimullah Anuar Esook meledak gol pada minit ke-52 untuk memberikan Malaysia kelebihan 2-1.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan seminit apabila Liam Barker pantas menyamakan kedudukan buat Wales pada minit ke-53.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat permainan, sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan shoot-out.

Dalam debaran penentuan itu, Wales muncul pemenang dengan keputusan 2-1.

Fitri Saari menjadi penjaring tunggal Malaysia dalam penentuan shoot-out, manakala Jolyon Morgan dan Jack Pritchard masing-masing berjaya menyempurnakan peluang buat Wales.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat ke-16 pada Kejohanan Dunia 2026, selepas gagal menutup kempen dengan sebarang kemenangan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement