Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan

Hoki kelayakan Piala Dunia: Pemain muda antara 30 tonggak jalani latihan intensif sebelum ke Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Tahun baru, muka baru dipanggil kem latihan pusat skuad hoki negara jadi simboliknya, nafas baru yang cuba diketengahkan ketua jurulatih, Sarjit Singh, dalam misi mengetuai cabaran layak ke Piala Dunia 2026.

30 pemain yang dipanggil dalam kem latihan ketika ini berada dalam pertimbangannya untuk dibawa ke Perth, Australia, sebagai medan uji kaji keupayaan skuad negara sebelum mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia di Mesir, Mac depan.

Advertisement

Sarjit memanggil kumpulan 30 pemain ini bagi mengikuti latihan intensif.

Mengikut data pemain bagi setiap posisi, lima daripada terdiri daripada penjaga gol, 10 pertahanan, lapan pemain tengah serta tujuh penyerang.

Sarjit turut memberi peluang keemasan buat enam pemain dari skuad Piala Dunia Remaja yang lalu, antara yang dicanang untuk berada dalam perancangan Sarjit ialah Andy Walfian Jeffrynus, Adam Ashraf Johari serta Danish Aiman.

Penyenaraian pemain daripada skuad Piala Dunia Remaja kendalian Nor Saiful Zaini menjadi petanda awal hasratnya untuk meremajakan skuad senior negara.

Sarjit menawarkan 22 slot untuk dibawa ke Australia yang bermula 14 Januari depan bagi mengharungi lima perlawanan ujian sebelum mengumumkan senarai akhir skuad ke kempen di Mesir.

Dalam pada itu, Sarjit masih menanti kata putus jadual rasmi tolak mula saingan kelayakan piala dunia yang dianjurkan ketika Ramadan.

Selain faktor kecergasan pemain ketika berpuasa, Sarjit turut mendapat maklum balas daripada tenaga pakar Institut Sukan Negara (ISN) berhubung cuaca di venue kejohanan, Ismailia, yang berkemungkinan merencatkan kualiti The Speedy Tigers.

"Kami bertuah dapat mengatur tiga perlawanan (pemanas badan) dengan Australia Barat dan dua aksi lagi bertemu Australia.  

Menentang Australia sanga tpenting kerana pertemuan lalu, kami berakhir dengan kekalahan 1-6.

"Kami mencari gabungan terbaik untuk kelayakan Piala Dunia. Kami sudah ada tiga pemain tengah jadi kami masih perlukan dua tonggak lagi bagi tujuan penggiliran pemain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di Bukit Jalil.


"Saya menjangkakan dua perlawanan akan berlangsung sebelum berbuka puasa.

"Saya harap ia berlangsung selepas berbuka puasa dengan cuaca yang lebih dingin.

"Sebab itu kami ke sana lebih awal demi menyesuaikan diri," katanya. 

Must Watch Video