Skip to main content

Hoki

Hoki kelayakan Piala Dunia: Legenda negara saran The Speedy Tigers kaji kerap bolos hujung perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

The Speedy Tigers dituntut kaji semula prestasi di hujung permainan.

Nada tegas itu disuarakan bekas pemain hoki negara yang juga merupakan olimpian dari skuad Sukan Olimpik Sydney 2000, Jiwa Mohan.

Advertisement

Jiwa -- yang merupakan antara aset penting kem negara suatu ketika dahulu -- tertarik  dengan sindrom skuad kendalian Sarjit Singh yang mudah dibolosi di penghujung permainan.

Menerusi pemerhatian Jiwa Mohan, perkara itu sering kali terjadi ketika menentang pasukan handalan dunia seperti, Pakistan.

Memandangkan skuad negara diundi dalam Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2006 di Mesir, Mac depan di samping Pakistan, China dan Austria, Jiwa terpanggil untuk mengingatkan pemain negara untuk mengulangi kesilapan sama.

The Speedy Tigers mnempunyai bakat, barisan, sokongan padu daripada kerajaan dan KHM.

"Kalau pemain fokuskan tenaga, mereka mampu layak ke Piala Dunia.

"Mereka perlu berwaspada dengan Pakistan dan kita sering mencatat keputusan sering menentang mereka.

"Malaysia kerap bolos dalam suku keempat.

"Ia sesuatu yang boleh ditingkatkan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Must Watch Video