Skuad hoki lelaki negara pula tiba di Mesir dengan harapan untuk layak ke Piala Dunia 2026 secara merit lalu menamatkan saingan kelayakan di kedudukan tiga pasukan terbaik.
The Speedy Tigers diundi dalam Kumpulan B bersama Austria, Pakistan dan China.
Advertisement
Jika persiapan pasukan bertanding menjadi ukuran, skuad negara dijangka menerima tentangan sengit.
Dan halangan pertama skuad kendalian Sarjit Singh, iaitu Austria mengharungi aksi kompetitif menentang kelab yang berpangkalan di Eropah secara konsisten.
Selain itu, lawan kedua skuad negara, Pakistan yang sudah beraksi dalam liga profesional dalam memperbaiki setiap kelemahan mereka.
Lawan ketiga skuad negara, China pula memiliki dana yang cukup besar dalam pembentukan skuad muda dan berkelana ke serata dunia bagi tujuan pendedahan.
Sementara itu, The Speedy Tigers berguru di Perth, Australia, sebelum menumpukan fokus ke saingan kelayakan di Ismailia.
Melihat daripada senarai pemain yang dibawa ke Mesir, Sarjit kembali mempertaruhkan gandingan Faizal Saari dan Fitri Saari untuk memacu kemaraan ke Piala Dunia.
Menurut bekas pemain tonggak negara, I Vikneswaran, formula Sarjit dalam terus membina dan percaya kemampuan pemain senior akan diuji dengan saingan kelayakan di Mesir.
"Fitri bermain dengan baik ketika ketiadaan Faisal yang bersara dalam Piala Asia.
"Dengan kembalinya Faisal, mereka mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan.
"Namun, untuk meraih kejayaan maka pasukan kebangsaan tidak boleh menaruh harapan kepada dua pemain semata-mata.
"Kepimpinan Marhan Jalil juga sangat penting selain prestasi penjaga gol (yang perlu berada di tahap terbaik)," katanya.