Dua jam sebelum perlawanan pertama bermula, bintang hoki negara, Fitri Saari, menyeru rakan sepasukan bersatu mengekang Austria dalam Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir malam ini.
Rekod pertemuan terakhir Malaysia menentang Austria memihak The Speedy Tigers menerusi kemenangan 5-4 dalam saingan Piala Negara-Negara 2023/2024.
Advertisement
Katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, ia bukan laluan yang mudah, sebaliknya skuad kendalian Sarjit Singh tidak boleh melakukan kesilapan yang menghukum gawang sendiri.
“Austria pasukan yang sangat fizikal, memiliki kemahiran tinggi.
"Majoriti pemain daripada skuad hoki dalam dewan.
Hoki Kelayakan Piala Dunia 2026 (Ismailia, Mesir)
“Austria pasukan yang sangat fizikal, memiliki kemahiran tinggi, majoriti pemain dari skuad Hoki dalam dewan”
“Bukan senang nak lawan Austria, mereka mendapat pendedahan menyeluruh di Eropah”
-Fitri Saari- @ASTROARENA pic.twitter.com/QQqcbfOQhV— karlnunis (@_karlnunis) March 1, 2026
“Bukan senang nak lawan Austria, mereka mendapat pendedahan menyeluruh di Eropah," katanya.
The Speedy Tigers selepas ini akan menentang musuh tradisi, Pakistan, dan China.
Ini adalah peluang terbaik untuk mencipta sejarah sekali lagi mara ke Piala Dunia.