Skip to main content

Hockey

Hoki: 'Kami wajib layak ke Piala Dunia'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sarjit

The Speedy Tigers berjaya melakar dua kemenangan dalam lima perlawanan persahabatan menjelang Hoki Kelayakan Piala Dunia usai kembali daripada kempen Jelajah Australia, baru-baru ini.

Bagi ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, ia merupakan satu kempen yang positif meskipun mengalami tiga kekalahan.

Advertisement

Ia, memberikan minit permainan berkualiti kepada pemain muda, sekali gus mewujudkan 'good problem' dalam pemilihan barisan menuju misi getir di Mesir yang akan bermula pada awal Mac depan.

"Penjaga gol kedua bermain dengan baik. Andy Walfian Jeffrynus juga menonjolkan permainan berkualiti.

"Tidak dilupakan, Adam Ashraf Johari sangat bagus.

"Sekarang, kami sedang membuat pemilihan 20 pemain yang akan membawa cabaran negara.

"Kami mempunyai kombinasi pemain yang boleh bermain pelbagai posisi.

"Kita harus menjaringkan gol dan bertahan dengan baik," katanya di Nadi Arena.

Sarjit juga berkongsi 2026 merupakan tahun yang sangat sibuk untuk hoki padang negara, dengan sasaran pastinya melayakkan diri ke Piala Dunia dan juga banyak kejohanan penting perlu diberi tumpuan.

"Kita wajib layak ke Piala Dunia. Tiada cara lain.

"Kita juga ada banyak pertandingan lain seperti Kejohanan Piala Negara-Negara dan Sukan Asia.

"Kita harus menggunakan peluang ini sebaiknya kerana perkara ini tidak selalu datang," katanya lagi.

Must Watch Video