Skip to main content

Advertisement

Sukan

Hoki: Bos Nadi Arena terpaksa batal liputan kelayakan Piala Dunia di Mesir demi keselamatan kakitangan

ffg

Karl Iskandar Nunis sedang mencipta nama sebagai wartawan Nadi Arena yang sering mengikuti perkembangan skuad hoki negara.

Beliau dan jurukamera sepatutnya berangkat ke Mesir pada Ahad untuk membuat liputan kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada hari sama.

Advertisement

Bagaimanapun beberapa jam sebelum berangkat, Pengarang Urusan Berita dan Digital Astro Arena, Bazly Azmi membatalkan pelan terbabit selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran demi keselamatan kakitangan.

Bazly ialah bekas wartawan hoki dan baton itu diserahkan kepada Karl sejak 2021.

 

 

Ia pasti keputusan mengecewakan kerana Astro Arena sentiasa mengikuti perkembangan skuad kebangsaan terutama untuk kejohanan penting. Namun, keselamatan perlu diutamakan.

Bagi peminat hoki negara, jangan bimbang kerana Nadi Arena/ Nadi Weekend/ Stadium Astro akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini sepanjang kejohanan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Austria, China dan Pakistan.

Selamat berjaya Malaysia!


 

Must Watch Video