Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Ping Pong

Ho Ying sasar muncul juara keseluruhan dalam fasa ketiga penyertaan Liga Ping Pong Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

HO YING

Pemain ping pong kebangsaan, Ho Ying, menyasarkan bergelar juara keseluruhan dalam penyertaan fasa ketiga Liga Ping Pong Indonesia menjadi sasaran seterusnya.

Masih segar dengan kemaraan ke peringkat suku akhir temasya Sukan SEA Thailand 2025, Ho Ying sedang giat menjalani latihan bersama pasukan Onic dan berazam memberikan cabaran hebat dalam aksi liga itu yang bermula Januari depan.

Advertisement

"Mereka mempunyai tiga sesi, Januari adalah sesi ketiga. Dalam edisi pertama saya pergi kami bergelar juara, semestinya dalam sesi ketiga kami sasarkan bergelar juara," katanya.

Sementara itu, gandingannya bersama pemenang emas Sukan SEA Thailand menerusi acara badminton, M. Thinaah, menceburi bidang perniagaan dengan membuka bisnes gabungan gelanggang pickleball dan ping pong dengan nama "pickle-pong".

"Saya dan Thinaah sudah berkenalan lama sejak sekolah sukan, walaupun latihan tak sama tapi kami kekal berhubung.

"Mungkin kami boleh lakukan sesuatu jadi selepas saya ada idea ini jadi kami terus mencuba untuk lakukan." tambahnya. 
 

Must Watch Video