Tindakan seorang senator yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap kapten Perancis, Kylian Mbappe telah dikecam Kerajaan Paraguay.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Paraguay menegaskan kata-kata yang dikeluarkan Senator Celeste Amarilla sama sekali tidak mencerminkan pendirian kerajaan mahupun rakyat negara itu.
"Kenyataan Senator Celeste Amarilla yang ditujukan kepada kapten pasukan kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe adalah bertentangan dengan nilai dan prinsip yang menjadi asas kepada keamanan, kehidupan bersama serta penghormatan terhadap maruah manusia yang sentiasa diperjuangkan negara kami.
"Ia sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan Republik Paraguay atau rakyat Paraguay," menurut kenyataan itu.
Celeste, yang juga ahli Parti Liberal, sebelum ini menggelar Mbappe sebagai 'warganegara Cameroon yang dijajah yang berpura-pura menjadi orang Perancis', selain mengeluarkan beberapa lagi kenyataan menghina pemain berusia 27 tahun itu.
Kenyataan itu dibuat selepas Paraguay tewas 0-1 kepada Perancis pada aksi pusingan 16 terbaik di Philadelphia, Sabtu lalu.
— Ministerio de Relaciones Exteriores (@mreparaguay) July 6, 2026