Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, berkongsikan sudah tiba masa dirinya meninggalkan Newcastle United selepas lima tahun bersama pasukan.
Jurulatih berusia 48 tahun itu memacu Newcastle merangkul trofi domestik pertama dalam tempoh 70 tahun selain layak ke Liga Juara-Juara (UCL) pada tahun 2023 dan 2025.
"Saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah waktu yang tepat untuk saya berundur daripada tugasan saya sebagai ketua jurulatih Newcastle United.
"Selepas hampir lima tahun memberikan hati dan jiwa saya kelab kelab tanpa henti, saya rasa ini keputusan terbaik buat saya dfan kelab untuk mengundurkan diri dan berehat.
Eddie Howe has quit as Newcastle United manager with immediate effect
💷 Believes club will eventually sell Bruno Guimaraes to Arsenal
☹️ Feels he no longer has the tools to do the job
🗣️ Was talked out of resigning before pre-season
⛔️ Not been involved in player recruitment… pic.twitter.com/R48N20icFe— Telegraph Football (@TeleFootball) July 30, 2026
"Satu penghormatan buat saya menjadi pengurus Newcastle United." katanya.
Jurulatih Al-Ahli, Matthias Jaissle, dalam kempen Liga Pro Saudi dijangkakan akan mengisi kerusi panas bagi menggantikan Howe.
Newcastle telah kehilangan khidmat tiga tonggak utama pasukan iaitu penyerang Sweden, Alexander Isak, ke Liverpool tahun lalu, selain meluluskan pemergian Sandro Tonali ke Tottenham dan Anthony Gordon ke Barcelona baru-baru ini.
Kapten pasukan, Bruno Guimaraes, juga berkemungkinan akan meninggalkan St James' Park.