Musim belum bermula tetapi Manchester United sudah mula menunjukkan belang dengan memenangi dua trofi pramusim ketika ini.
Sebanyak lima perlawanan persahabatan berlangsung dengan kesemua aksi berakhir dengan keputusan positif.
Skuad kendalian Michael Carrick mencipta kemenangan ke atas Wrexham, Rosenborg dan gergasi LaLiga, Atletico Madrid.
🏆 Snapdragon Cup
🏆 Boyle Sports Cup pic.twitter.com/OeMn1sNIiq— utdreport (@utdreport) August 12, 2026
Selepas menjuarai Piala Snapdragon, The Red Devils mengekang pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris Saint-Germain (PSG) pada Sabtu lalu.
Terbaru, pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menewaskan Leeds United menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 awal pagi tadi, sekali gus meraih trofi kedua.
Man Utd akan bertemu AC Milan sebagai penutup aksi pramusim sebelum memulakan kempen EPL pada 22 Ogos ini.