Skip to main content

Sukan Lain

Harimau Merah Mengaum: Daniel Aiman Bertahan Hingga Minggu Ke-4 Jaguh Rakan Muda!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniel

Muhammad Daniel Aiman Mohd Rosle atau lebih mesra disapa Danny berasal Putrajaya, mencuri tumpuan dengan karakternya yang bersahaja semasa hadir ke studio Nadi Weekend semalam.

Lebih mengagumkan dia masih bertahan memasuki minggu keempat program realiti Jaguh Rakan Muda.

Advertisement

Selari dengan sifatnya, walaupun hanya berusia 22 tahun, Danny kelihatan cukup matang dalam temu bual menerusi segmen di Nadi Weekend, kerana usahawan muda itu sudah diberi pendedahan dan menggalas tanggungjawab untuk bantu menguruskan perniagaan keluarga dalam bidang (F&B) serta aktif dalam produksi.

Penyertaannya dalam Jaguh Rakan Muda bermula daripada informasi di Instagram, dan sejak itu, Danny mahu pastikan pengorbanannya berbaloi.

Mewakili pasukan Harimau Merah, Danny melihat pasukannya sebagai satu unit yang cukup lengkap untuk menakluki cabaran demi cabaran. Keyakinannya terhadap kekuatan pasukan jelas terserlah apabila dia menyatakan kepercayaan penuh bahawa Harimau Merah mampu mengharungi setiap tugasan yang diberikan.

 

 

Namun, perjalanannya tidak sentiasa mudah.

Minggu keempat menjadi detik paling mencabar buat Danny, lebih-lebih lagi dengan tugasan Tower Run yang benar-benar menguji peserta. Bagaimanapun berdepan tekanan tinggi, Danny tetap berjuang menunjukkan ketahanan fizikal dan mental yang seiring dengan minatnya dalam sukan bola sepak.

Jika dinobatkan sebagai salah seorang pemenang dan membawa pulang RM100,000, Danny merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan keluarga, selain mahu merealisasikan impian mengembara. Jelas, Jaguh Rakan Muda bukan sekadar medan pertandingan buatnya, tetapi platform untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Ini peringatan untuk semua layan Jaguh Rakan Muda, minggu keempat yang semakin mencabar!

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video