Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya tidak terjejas tanpa 7 pemain -- Paulo Josue

paulo josue

Penggempur Harimau Malaya, Paulo Josue, menyifatkan pengekalan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tidak akan menjejaskan prestasi pasukan menjelang aksi terakhir pusingan kelayakan Piala Asia bertemu Vietnam hujung bulan ini.

Ia berdasarkan visi jelas yang dimiliki ketua jurulatih, Peter Cklamovski, yang tetap positif membimbing pasukan dan ingin memastikan skuad kebangsaan layak ke Piala Asia di Arab Saudi tahun depan.

Advertisement

Josue, dalam masa sama, turut bersimpati terhadap nasib yang menimpa tujuh pemain terbabit, yang digantung daripada sebarang perlawanan rasmi selama 12 bulan sehingga September depan.

"Jurulatih memiliki visi yang jelas, tidak kira siapa yang bermain, cara dan perancangan permainannya tetap sama dan kami sudah membuktikannya dalam perlawanan sebelum ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Sudah pasti dengan tujuh pemain itu meningkatkan kualiti kami di atas padang tetapi tanpa mereka, semua yang diberikan peluang perlu mengambilnya dan melakukan yang terbaik.

"Saya fikir kami masih memiliki pasukan yang bagus untuk bermain."

 

Must Watch Video