Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Saya sentiasa akan kata 'ya' -- Tiada alasan buat Aguero tolak panggilan negara

sds

Tiada alasan menolak panggilan negara!

Penyerang naturalisasi negara, Sergio Aguero, mengenepikan sikap pilih bulu apabila menegaskan komitmennya terhadap skuad Harimau Malaya tidak pernah berubah dalam apa jua situasi.

Pendirian itu diluahkan pemain berusia 32 tahun itu ketika skuad negara tidak dibarisi sebahagian besar pemain bertaraf bintang bagi mengharungi cabaran Piala Hyundai ASEAN yang akan bermula minggu depan.

 

 

 

 

"Saya sentiasa berbesar hati untuk beraksi buat skuad Malaysia, sangat stimewa buat saya jika ada panggilan dan saya akan sentiasa kata ya.

"Tidak kira waktu, ia berada diluar kalendar FIFA ataupun apa-apa sahaja. Saya sentiasa akan kata 'ya'. Ia mencabar, terdapat ramai pemain baru. Tetapi kami tetap akan lakukan yang terbaik.

"Sekarang kami perlu dapatkan kecergasan kami semula, ada tempoh 10 hari untuk berlatih dan bersedia untuk perlawanan nanti." katanya.

Untuk rekod, Aguero antara empat pemain naturalisasi yang akan memperkuatkan skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, selain Paulo Josue, Mohamadou Sumareh dan Endrick dos Santos.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement