Berdasarkan kemaskini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 22 Disember 2025 menyaksikan Harimau Malaya jatuh lima anak tangga untuk berada di kedudukan ke-121 dunia.
Anak buah Peter Cklamovski mengumpul 1,145.9 mata dan jatuh lima anak tangga berbanding di kedudukan ke-116 sebelum ini.
Advertisement
Penurunan ranking itu kesan daripada hukuman FIFA membatalkan tiga keputusan perlawanan sebelum ini membabitkan dua kemenangan berdepan Palestin (9 September) dan Singapura (4 September), manakala seri ketika menerima kunjungan Cape Verde (29 Mei).
Kedudukan ranking negara Asia Tenggara:
1. Thailand (97)
2. Vietnam (107)
3. Malaysia (121)
4. Indonesia (122)
5. Filipina (136)
6. Singapura (148)
7. Myanmar (163)
8. Kemboja (179)
9. Brunei (188)
10. Laos (190)
11. Timor Leste (198)
