Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Belum proses ke FIFA, isteri pemain buka mulut

GG

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, terus menanti khabar mengenai peluangnya untuk mewakili Harimau Malaya. 

Pemain kelahiran Australia itu terus memasang impian untuk beraksi bersama skuad kebangsaan selaku tonggak naturalisasi pada masa hadapan. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu sidang media ketika Kongres Luar Biasa FAM Kedua mengesahkan bahawa badan induk itu tidak menghantar sebarang dokumen untuk diproses ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana difahamkan melibatkan isu teknikal. 

Isterinya, Olivia Gallifuoco, memuat naik hantaran di Threads dengan gambar jersi Malaysia dengan nama Giancarlo di belakang mengatakan pemain berusia 32 tahun itu tetap setia menunggu panggilan skuad negara meskipun hajat untuk mewakili dalam Piala ASEAN FIFA bulan ini tidak kesampaian. 

"Jersi ini menggambarkan impian suami saya walaupun tinggal seutas benang. 

"Walaupun pernah mewakili pasukan remaja Australia sebelum ini, ia bukanlah isu teknikal untuk menukar kewarganegaraan apabila bermain di peringkat senior," katanya. 

Giancarlo Gallifuoco tiba di KL sejak 2021 dan masih bersama The City Boys hingga 2027. 

Terdahulu, FAM juga dalam satu kenyataan mengesahkan tiga bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, Brad Tapp dan Manuel Hidalgo, sah menerima lampu hijau dan dipanggil jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, untuk menjadi aset terbaharu Harimau Malaya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement