Skip to main content

Bola Sepak

Hari yang muram, Amorim dipecat!

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

AMORIM

Ruben Amorim secara rasminya dipecat selaku ketua jurulatih Manchester United selepas 14 bulan mengemudi pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Berita itu menggemparkan penyokong bola sepak dunia termasuk di Malaysia dengan selepas prestasi 'yo-yo' yang dipamerkan Amorim meskipun memacu United mendaki ke tangga keenam liga baru-baru ini.

Advertisement

Ketika ini, tular di media sosial jawatan kosong yang bakal diisi selepas pemergian pengganti jurulatih berusia 40 dari Portugal itu yang merekodkan 24 kemenangan daripada 63 perlawanan sepanjang mengengalikan The Red Devils.

Antara nama-nama yang dijangkakan mengisi kerusi panas itu adalah jurulatih Aston Villa, Unai Emery, pengendali Crystal Palace, Oliver Glasner dan tidak ketinggalan bekas jurulatih England, Gareth Southgate.

Kekalahan paling buruk Amorim adalah Ketika tewas kepada kelab Liga Dua, Grimsby Town, menerusi penentuan penalti dalam saingan Piala Liga pada Ogos 2025 lalu.

United kini bakal dikendalian oleh jurulatih sementara yang juga merupakan bekas pemain United, Darren Fletcher. 

Must Watch Video