Skip to main content

Berita Sukan Am

Hari Sukan Negara: Menjadikan sukan platform kelestarian kesihatan

ddd
Advertisement

 

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin, berkongsi satu sambutan berbeza bakal menanti semua menjelang Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat kebangsaan Sabtu ini.

Advertisement

Ada usaha untuk perkenalkan era baharu sukan secara lebih mendalam seperti e-sukan dan juga sukan virtual yang menggabungkan dinamik fizikal serta maya dalam masa serentak, lantas ia akan dipersembahkan di perkarangan Stadium TM Nasional.

"Sekarang sukan berteraskan e-sukan makin diminati ramai.

Advertisement

"Malah, pengajuran kali ini turut melibat sukan konvesional seperti taekwondo dalam bentuk visual.

"Peserta akan berlawan di atas talian. Kelainan dalam penganjuran kali ini membawa pengunjung meneroka perkara baru dalam sukan," katanya.

Bukan hanya fokus kepada sukan sahaja, HSN kali ini ingin mengubah statistik yang merujuk Malaysia sebagai sebuah 'negara obes', selain menjadikan sukan sebagai budaya di setiap peringkat umur.

"Kami tidak boleh menidakkan dalam soal statistik.

"Kami berharap mesej yang dibawa ditanam dalam hati rakyat Malaysia, kanak-kanak dan warga emas akan menjadikannya sebagai gaya hidup.

"Kita menuju ke arah negara yang menu maka sukan menjadi platform yang sangat berguna untuk menjamin kelestarian kesihatan dan juga mencegah kecederaan terutama dalam kalangan warga emas dengan menguatkan otot," katanya lagi. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video