Skip to main content

Bola Sepak

Hari ini dalam sejarah, setahun lalu: 7 pemain Harimau Malaya digantung FIFA

HM
Advertisement

Tanggal 26 September 2025 kekal menjadi ingatan pahit seluruh peminat bola sepak tempatan.

Bermulanya episod hitam dalam sejarah Harimau Malaya.

Advertisement

Skandal pemalsuan dokumen menyaksikan tujuh pemain negara telah dikenakan penggantungan daripada Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2a (kerana pelanggaran Tatatertib FIFA2). Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ke semua pemain terlibat juga diarah membayar denda yang ditetapkan.

Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano kesemuanya sedang menjalani hukuman berat itu ketika ini.

Advertisement

Mereka diberi penangguhan (stay of execution) daripada penggantungan 12 bulan untuk kembali beraksi buat sementara waktu awal tahun ini.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kemudiannya memutuskan untuk mengekalkan hukuman, di mana penggantungan mereka disesuaikan kepada perlawanan rasmi tertentu dan sedikit dilonggarkan berbanding hukuman asal membenarkan latihan bersama pasukan namun pada masa sama mengekalkan denda sekitar RM1.8 juta yang perlu dibayar oleh FAM.

Pelbagai persepsi, sentimen dan pandangan berbeza terhadap bola sepak Malaysia berterbangan sejak itu sehingga ke hari ini.

Malah, ia terus menjadi tumpuan seantero dunia mengenai isu itu.

Skuad kebangsaan terlepas saat bernilai apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menarik semula kemenangan, sekali gus terlepas tiket ke Piala Asia 2027.

Dan, FIFA memotong semula ranking Harimau Malaya pada tahun lalu.

Difahamkan, tempoh hukuman itu akan selesai November ini dan pemain terbabit berkemungkinan besar bakal membuat kemunculan semula bersama pasukan masing-masing termasuk di Liga Super.

Semestinya ia adalah detik malang buat pasukan negara dan mimpi ngeri buat peminat bola sepak Malaysia.

Semoga bangkit semula dan kembali mengaum Harimau Malaya!

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement