Skip to main content

Tinju

Hari ini 59 tahun lalu, Muhammad Ali enggan sertai Tentera AS ke Perang Vietnam

tinju

Mungkin ramai tidak tahu pada tanggal 28 April 2026 hari ini tetapi 59 tahun yang lalu, jaguh tinju dunia, Muhammad Ali, pernah menolak daripada menyertai Tentera Amerika Syarikat ke perang Vietnam.

Oleh kerana tindakannya itu, pada hari yang sama Suruhanjaya Atletik New York melucutkan lesen tinjunya serta gelaran juara ‘heavyweight’ yang disandangnya, disusuli dengan tindakan sama oleh suruhanjaya-suruhanjaya tinju yang lain. Selama tiga tahun Ali dilarang untuk bertinju di seluruh Amerika.

Advertisement

Ali tidak mahu menyertai peperangan itu berasaskan ajaran Islam yang menyatakan. "Peperangan adalah bertentangan dengan ajaran Al-Quran. Kita tidak mahu menjadi penceroboh tapi hanya mempertahankan diri kita apabila diserang."

Atas dasar itu, Ali didapati bersalah dan dipenjarakan hukuman penjara lima tahun serta dengan dengan sebanyak $10,000 walaupun kesnya itu dibawa untuk semakan Mahkamah Tinggi AS dan kekal bebas.

 

 

 

Dia banyak menghabiskan waktunya dengan memberi ceramah di universiti dengan membawa mesej anti-perang dan kemanusiaan.

Menerusi perkongsian Astro Awani, selepas tamat tempoh larangan bertinju, Ali kembali ke gelanggang pada 26 Oktober 1970 untuk menewaskan Jerry Quarry di Atlanta. Namun, beliau tewas kepada Joe Frazier pada 8 Mac 1971, yang menjadi kekalahan pertama karier profesionalnya.

Pada 28 Jun 1971, akhirnya Mahkamah Tinggi AS membatalkan sabitan terhadapnya.

Sumber: History, The Atlantic
 

Must Watch Video