Skip to main content

Berita Sukan Am

Hari Harta Intelek Negara: Pengunjung berpeluang menang motosikal cafe racer

myipo

Bahang sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 semakin terasa menjelang pameran khas yang menjanjikan pelbagai reruai serta aktiviti menarik di Menara MyIPO, PJ Sentral bermula esok

Terbuka kepada orang awam dengan kemasukan percuma, pameran ini memberikan peluang kepada masyarakat untuk mendekati dunia harta intelek dalam suasana santai dan interaktif.

Advertisement

Pengunjung juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah, dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal cafe racer.

Ketua Jawatankuasa Sambutan Hari Harta Intelek Negara, Azlin Fahmi, berkata kepada Astro Arena: "Ia membuka lebih peluang kepada pengunjung untuk memahami apakah perkaitan di antara harta intelek dan sukan itu sendiri.

"Saya juga menyeru kepada semua untuk hadir dan selain daripada itu, kami juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk cabutan bertuah dengan hadiah menarik menanti pengunjung pada 30 April ini."

 

Must Watch Video